NOTIS  NOTIS NOTIS Pictures, Images and Photos
SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT DATANG

11 Disember, 2009

17 September, 2009

08 September, 2009

KEWAJIPAN BERZAKAT - AMIL BERTAULIAH ZON 2

Tuan Iman Hj.Imbun Ali telah dilantik amil bertauliah untuk mengurus dan memungut bayaran zakat bagi pihak Baitulmal bagi zon 2, namun demikian penduduk kampung dari zon 1 dan 3 atau di perkampungan sekitarnya, bolehlan menunaikan kewajipan Rukun Islam yang ke 4 dengan beliau.

Semoga puasa kita diterima ALLAH S.W.T dan zakat yang kita tunaikan menambahkan murah dan berkat rezeki serta mencapai objektif yang mana ianya untuk membantu golongan sesama Islam yang susah dan fakir miskin.

ARKIB BERITA

PBB perlukan blog untuk hampiri pengundi muda

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) perlu memanfaatkan penggunaan blog untuk menyebarkan maklumat mengenai parti dan agenda pembangunan kepada rakyat khususnya generasi muda.

Menteri Muda Di Jabatan Ketua Menteri (Teknologi Makkumat), Bolhassan Di berkata, melalui blog parti boleh mengutarakan pandangan mereka secara terbuka selain berkongsi maklumat mengenai apa sahaja isu terkini.

“Pada masa yang, blog dapat digunakan untuk menyalurkan maklumat terkini dasar pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan sama ada Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Pusat,” katanya semasa melancarkan Blog PBB cawangan N65 Senadin hari ini.

Bolhassan berkata, melalui blog PBB juga dapat mendekati golongan muda untuk mengenali lebih dalam mengenai PBB seterusnya menanam minat mereka untuk menyertai aprti pada masa hadapan.

Namun tegas Bolhasan, pemilik blog khususnya organisasi parti politik harus bersikap terbuka dan bersedia menerima kritikan daripada orang awam dalam usaha mengukuhkan organisasi mereka.

“Mereka harus bersikap terbuka dan menerima kritikan dengan hati terbuka. Hanya dengan itu kita dapat mengukuhkan parti seterusnya melaksanakan pembangunan yang sudah dirancang,’ katanya.

22 Ogos, 2009

PERASMIAN BAZAAR RAMADHAN BANDAR BARU SAMARIANG MERIAH

Ketua Ranting PBB Kpg.Rampangi Fasa II, En.Jahar Hj.Tapa merangkap Timbalan Pengerusi JKKK , Ketua Wanita dan Ketua Pemuda amat menghargai jemputan YB Dr.Abdul Rahman Junaidi, ADUN N4 - Pantai Damai untuk bersama-sama beliau memeriahkan acara perasmian Bazaar Ramadhan 2009/1430H bagi Bandar Baru Samariang yang di anjur dan dengan kerjasama PBB N4, FAMA dan DBKU yang diadakan pada jam 4 petang.

YB.Dr.Abdul Rahman Junaidi bersama - sama En.Paza@Faizal Hj.Dan, Pengarah FAMA Negeri Sarawak, kakitangan FAMA, Ketua-ketua Ranting N4, Ketua Pemuda, Ketua Wanita, Kakitangan DBKU mengaminkan bacaan doa sebelum acara perasmian bazaar bermula.
Perasmian Tapak Bazaar Ramadhan oleh YB.Dr.Abdul Rahman berlangsung dengan lancar dan mendapat sokongan padu dari Ranting N4 - Pantai Damai dan masyarakat setempat yang bermastautin di sekitar Bandar Baru Samariang, perkampungan Rampangi dan Taman - taman perumahan seperti Taman Puteri dan Kuching Family Park.

RAMADHAN DATANG LAGI - SELAMAT BERPUASA DARI AHLI JKKK

Saya blogmaster mewakili Pengerusi dan semua ahli JKKK mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan kepada semua penduduk Kampung Rampangi Fasa II, di zon 1 , zon 2 , zon 3 dan semua pembaca. Gandakan amalan kita di bulan yang mulia ini. Semoga ALLAH memberkati apa amalan yang kita buat, Salam ukwah Selamat melaksanakan ibadah puasa dan berzakat.Wasalam.

Yang ikhlas,

Setiausaha JKKK/Ketua Pemuda

16 Ogos, 2009

Taib Cadang Masjid, Surau Perkenal Program "Dua Jam Seminggu"

Kuching - 13 August 2009

Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menyarankan agar masjid dan surau di Sarawak memperkenal program "Dua Jam Seminggu" sebagai langkah mendekati masjid dengan pelbagai golongan masyarakat di bandar, luar bandar dan pedalaman.

Beliau berkata dalam tempoh itu, pelbagai aktiviti boleh dilakukan bersama dalam memastikan masjid dan surau tidak digunakan semata-mata sebagai tempat bersembahyang dan ceramah agama.

"Dua jam seminggu tidak lama, antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah bergotong-royong membersihkan persekitaran atau mengadakan kelas komputer untuk kanak-kanak. Banyak lagi yang boleh dirancang," katanya semasa merasmikan Muktamar Masjid-masjid Negeri Sarawak, di sini Rabu.

Bagi meningkatkan lagi peranan masjid dan surau di Sarawak, Taib mencadangkan agar kajian semula dilakukan supaya peranan masjid dan surau di Sarawak relevan dengan aspirasi masyarakat setempat dan perkembangan semasa.

"Masjid dan surau boleh menjadi pusat ilmu tetapi penyertaaan mesti lebih menyeluruh dengan melibatkan pemimpin peringkat akar umbi," katanya sambil menambah tanpa penyertaan pemimpin peringkat akar umbi, segala misi yang ingin dicapai oleh pengurusan atasan masjid sukar untuk dilaksanakan.

Beliau berkata, peranan masjid dan surau di Sarawak boleh dimantapkan dengan merapatkan jaringan rangkaian antara masjid dan surau yang berdekatan supaya aktiviti yang dilaksanakan dapat dilakukan secara teratur dan mencapai sasaran.

"Kalau boleh golongan tua yang sentiasa menjadi pengunjung tetap ke masjid dan surau mencari masa terluang untuk sering kali mengadakan sesi percambahan idea bagi memastikan aktiviti dirancang adalah relevan," katanya.

Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datuk Putit Matzen pula menegur kelemahan sesetengah pengurusan masjid di Sarawak yang perlu diperbaiki dengan segera terutama sekali dari aspek pendokumentasian urusan kewangan dan harta benda.

"Audit dalaman MIS masih melaporkan banyak perkara yang mustahak perlu diperbaiki termasuk perkara-perkara rutin seperti amaun dan tarikh pelbagai transaksi kewangan, tandantangan dan saksi serta sistem penyimpanan harta benda masjid," katanya sambil menambah kelemahan juga dikesan dalam pengurusan aktiviti kutipan derma, rekod wang, rekod individu, bayaran bil eletrik dan air.

Muktamar tiga hari tersebut yang bermula semalam akan berakhir esok. (BERNAMA)

06 Ogos, 2009

NOTIS MESYUARAT PEMUDA RANTING PBB KPG.RAMPANGI FASA II

PER: NOTIS MESYUARAT PERTAMA PEMUDA RANTING PBB KPG.RAMPANGI FASA II

Dengan segala hormatnya adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat pertama Pemuda Ranting PBB Kpg.Rampangi Fasa II akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 7 hb Ogos 2009
Masa : 0830 malam, selepas Isyak
Tempat : Lot 2911, Rampangi Fasa II - Zon 2
Rumah Ketua Pemuda, En.Haris Bujang

Agenda

1. Perutusan Ketua Pemuda
2. Pembentukan AJK dan portfolio Pemuda
3. Membincang Usul Politik oleh AJK Ranting
4. Memrancang aktiviti Pemuda bagi penggal kedua 2009
5. Lain-lain perkara berbangkit

Sehubungan dengan itu, semua ahli Pemuda yang baharu terpilih dalam sesi pembentukan AJK baru lalu dan sesiapa dikalangan ahli PBB dan anak-anak muda Kpg.Rampangi Fasa II-Zon 1, Zon 2 dan Zon 3 yang berminat dan komited untuk bergait aktif adalah dengan ini dijemput hadir dan merealisasikan mesyuarat yang telah dirancangkan tersebut.

Sekian, terimakasih.

Ketua Pemuda.

05 Ogos, 2009

SOROTAN MAJLIS SAMBUTAN NISFU SYA'BAN - SURAU DARUL IKTHIAR





SOROTAN SAMBUTAN NISFU SYA'BAN - SURAU JAMEK DARUL IBADAH






MAJLIS SAMBUTAN NISFU SYA'BAN 5 OGOS 2009

AJK Surau Darul Ikthiar - Zon Satu
dan
AJK Surau Jamek Darul Ibadah - Zon Dua

akan mengadakan majlis sambutan malam Nisfu Sya'ban pada 5 Ogos 2009 jam 0630 ptg hingga 0900 malam selepas solat Isyak.


Aktiviti : - Solat Jemaah Maghrib
- Bacaan Surah Yassiin 3 X
- Bacaan Doa Nisfu Sya'ban 3 X
- Solat Jemaah Isyak
- Jamuan ringan

Semua penduduk kampung dijemput hadir untuk mengimarahkan surau dan memeriahkan majlis tersebut. Kehadiran beramai-ramai amatlah dialu-alukan.

Sumbangan serta sedekah berbentuk kuih muih amatlah dihargai.

Jemputan Dari : Pengerusi serta AJK Surau Darul Ikthiar dan Surau Jamek Darul Ibadah, Kpg.Rampangi Fasa 2

Untuk renungan dan bacaan bersama

Pengertian Bulan Sya'ban - Nisfu Sya'ban

Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut bertempiaran ke mana-mana tempat untuk mencari air, setengahnya mengatakan bahawa mereka mencari air itu di gua-gua.

Sebahagiannya pula mengatakan sebab diertikan demikian kerana ia sebagai pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Tahukah kamu sekalian, mengapa dinamakan bulan Syaaban?" Mereka menjawab : "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui". Baginda bersabda : "Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali." (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama)

Keutamaan Bulan Syaaban

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Sayidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia telah berkata yang maksudnya :

"Adalah Rasulullah SAW sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasas ebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Selain dari itu, Rasulullah SAW pernah mengumpamakan keutamaan bulan ini dengan keutamaan diri Baginda sendiri ke atas nabi-nabi yang lain. Sabda Baginda yang maksudnya :

"Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadhan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhluk-Nya."

Amalan-amalan di bulan Syaaban

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

1. Memperbanyakkan puasa sunat

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

"Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

2. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW.

Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

3. Bertaubat

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata : Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Malam Nisfu Syaaban

Malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban adalah satu malam yang sunat dirayakan dalam syariat Islam kerana ia merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rahmat.

Malam nisfu Syaaban ini kita hidupkan dengan membaca Surah Yaasiin tiga kali selepas sembahyang fardhu Maghrib. Dan setiap kali lepas membaca Yaasiin akan dibaca doa. Pada bacaan Yaasiin pertama diniatkan dengan memohon panjang umur, pada bacaan kali kedua diniatkan dengan memohon agar dijauhkan dari bala dan pada bacaan ketiga diniatkan memohon murah rezeki yang halal. Cara lain ialah menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan berhimpun membaca zikir dan Al Quran

Doa Malam Nisfu Syaaban.

"Allaahumma yaa dzalman-ni wa layman-nu 'alaika yaadzaljalaali wal ikrami,yaadzaath thuli wal in'ami,laa ilaaha illaa anta zhahrallajiinaa, wa jaaral mustajiirina,wa amaaanal khaaifiina. Allahumma inkunta katabtanii 'indaka fii ummil kitaabi syaqiyyan au mahruuman au mathruudan au muqattaran 'alayya firrizqi hamhullaa-humma bifadhlika fii ummil kitabi syaqaawatii wa hirmaanii wathardii wa iqtaara rizqii wa atsbitnii 'indaka fii ummil kitaabi sa'iidam marzuuqan muwaffaqal lil khairaati, fa-innaka qulta wa qaulukal haqqu, fii kitaabikal, munzali, 'alaa nabiyyikal mursali, yamhullaahu maa yasyaa-u wa yutsbitu wa 'indahu ummul kitaabi ilaihi bittajallil a'zhami fil lailatin nishfi min syahri Sya'baanal mukaraamil latii yufraqu fiiha kullu amrin hakiiman wa yubramu, ishrif 'annii minal balaai maa a'lamu wa maa laa a'lamu wa anta 'allaamul ghuyuubi, birahmatika yaa arhama-rahimiin, washallallaahu 'alaa sayyidinaa Muhammadiw wa 'alaa aalihii washihbihi wasallam". Amiin.

Ertinya:Ya Allah,Tuhanku pemilik nikmat, tiada yang bisa memberi nikmat kepada-Mu. Ya Allah, pemilik kebesaran dan kemuliaan, pemilik kekayaan dan pemberi nikmat, tiada Tuhan yang patut disembah melainkan Engkau. Engkaulah tempat bersandar dan berlindung dan kepadaMulah tempat yang aman bagi orang-irang yang ketakutan. Ya Allah,Tuhanku, sekiranya dalam buku besarMu,bahwa orang yang tidak berbahgia,yang sangat terbatas mendapat nikmat, yang dijauhkan dariMu, atau yang disempitkan dalam mendapat rezkiMu, semoga Engkau pindahkan aku ke dalam golongan orang-orang yang berbahgia, luas rezki, serta diberi petunjuk kepada kebajikan.Sesungguhnya Englau telah berfirman dalam KitabMu yang diturunkan kepda Rasul-Mu, bahwa firmanMu benar, yang berbunyi,Allah mengubah dan menetapkan apa yang dikehendakiNya dan padaNya sumber kitab.

Ya Allah, Dengan TajalliMu yang Maha Besar, Engkau menulis pada malam NIsfu Sya'aban yang mulia ini, Engkau tetapkan dan Engkau ubah sesuatunya, maka aku memohon semoga dijauhkan dari bencana, baik yang aku ketahui atau yang tidak aku ketahui. Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala sesuatu yang tersembunyi. Aku selalu berharap limpahan rahnatMu ya Allah Yang Maha Pengasih dan semoga selawat Allah selalu dilimpahkan pada junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabatnya.Ya Alllah,kabulkanlah doa kami.

RANTING PBB - Majlis Mesyuarat Ranting

Mesyuarat yang pertama bagi Ranting PBB selepas pembubaran AJK dan perlantikan muka baru menerajui AJK Ranting sesi 2009-2011, telah diadakan pada 2 Ogos 09 jam 830malam bertempat di rumah En.Tuah Bin Arshad, Timbalan Ketua Ranting.
Ketua Ranting, En.Jahar Hj.Tapa kelihatan menerangkan agenda mesyuarat kepada AJK dengan dibantu oleh Setiausaha, En.Abdul.Yakup Norshen dan Ketua Penerangan, En.Ramli Apot.

Ketua Wanita, Puan Masni Hj.Moss tekun mendengar pemembentangan cadangan usul politik oleh Ketua Ranting sambil berapa AJK kelihatan memfokuskan sesi pembahasan cadangan usul-usul tersebut.

26 Julai, 2009

SURAU DARUL IKTHIAR ZON 1 - Mesyuarat Agong Ranting PBB


Diantara muka-muka baru ahli pemuda ranting turut sama mengambil
bahagian dalam mesyuarat agong
.



Ahli-ahli Wanita Ranting mula mengambil tempat untuk bersama-sama
dalam mesyuarat agong.



Mesyuarat Pemuda Ranting sedang rancak dijalankan.

Ketua Ranting En.Ramlie Apot dan Ketua Pemuda En.Mohammad Unai berbincang dengan penyelaras mesyuarat En.Mohd.Haspa sebelum sesi mesyuarat pemuda ranting dimulakan.

Berbual-bual, bertukar-tukar pendapat dan idea sambil menunggu kehadiran lain-lain ahli/penduduk untuk turut serta dalam mesyuarat yang akan diadakan.

15 Julai, 2009

MERIAHNYA .....PESTA RAMPANGI 2009


Barisan AJK sambutan PESTA mengabdikan kenangan di pentas utama tapak pesta dengan wajah masing-masing mengambarkan kepuasan hasil penat lelah dalam memastiakan PESTA berjalan lancar dan selamat serta mencapai objektifnya. Berlobo.....loboooo ... orang datang dan bergembira , berbaloi....berbaloi...


Wakil Pengarah JASA Sarawak, En.Safiee dan pembantu beliau, Puan Nora kelihatan asyik sekali menyaksikan persembahanan semasa pesta.


YB.Dr.Abdul Rahman mengambil kesempatan mempratikkan kompentensi beliau sebagai seorang doktor professional dengan memeriksa tahap kesihatan Tuan Hj.Hussien, Iman Surau Darul Ikthiar, Zon 1.







Jurutunjuk2 dari KPSU mengepalai acara Senamrobik yang mendapat sambutan yang tidak diduga dari penduduk kampung dan persekitaran.Pelbagai irama sperti Poco-Poco dan musik sape' menjadi alunan bagi memeriah dan merancakkan senamrobik.

Brochure Pesta Rampangi 2009

14 Julai, 2009

PESTA RAMPANGI 2009. Tarikh : 12 Julai 2009 Hari Ahad Jam 0700 pagi hingga 0500 ptg. Tapak: Round About , berhampiran menara Telekomunikasi

Kumpalan shuffle dari zon 1 menunjukkan bakat tarian yang digemari
oleh remaja masakini.
Pesta tambah meriah dengan persembahan khas dari kumpulan gendang Pak Baki
yang nyata sudah dikenali ramai di Kuching.

Kehadiran YB.Dr.Abdul Rahman Junaidi, ADUN N4,Pantai Damai bersama isteri ke PESTA tanda sokongan memberi inspirasi serta motivasi kepada AJK bertugas dan memberi peluang untuk rakyat beramah mesra dan mengutarakan permasalah yang di hadapi oleh akar umbi. Tahniah .... YB.

YB mengambil peluang bertandak bersama Pengerusi JKKK Abd.Yakup Norshen dan AJK serta penduduk kampung sebagai memberi contoh bahawa budaya tradisi masih gah serta setanding dengan budaya kini ikutan para remaja.






Sebahagian AJK yang berjaga malam di lokasi PESTA RAMPANGI 20009 untuk mengelak kemungkinan kecurian ke atas peralatan yang telah dihantar awal oleh pihak JKR seperti kerusi, meja dan sette VIP dua malam sebelum pesta bermula pada hari Ahad, 12 Julai 2009.