AJK Surau Darul Ikthiar - Zon Satu dan AJK Surau Jamek Darul Ibadah - Zon Dua
akan mengadakan majlis sambutan malam Nisfu Sya'ban pada 5 Ogos 2009 jam 0630 ptg hingga 0900 malam selepas solat Isyak.
Aktiviti : - Solat Jemaah Maghrib - Bacaan Surah Yassiin 3 X - Bacaan Doa Nisfu Sya'ban 3 X - Solat Jemaah Isyak - Jamuan ringan
Semua penduduk kampung dijemput hadir untuk mengimarahkan surau dan memeriahkan majlis tersebut. Kehadiran beramai-ramai amatlah dialu-alukan.
Sumbangan serta sedekah berbentuk kuih muih amatlah dihargai.
Jemputan Dari : Pengerusi serta AJK Surau Darul Ikthiar dan Surau Jamek Darul Ibadah, Kpg.Rampangi Fasa 2
Untuk renungan dan bacaan bersama
Pengertian Bulan Sya'ban - Nisfu Sya'ban | |
Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut bertempiaran ke mana-mana tempat untuk mencari air, setengahnya mengatakan bahawa mereka mencari air itu di gua-gua.
Sebahagiannya pula mengatakan sebab diertikan demikian kerana ia sebagai pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Tahukah kamu sekalian, mengapa dinamakan bulan Syaaban?" Mereka menjawab : "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui". Baginda bersabda : "Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali." (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama)
Keutamaan Bulan Syaaban
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Sayidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia telah berkata yang maksudnya :
"Adalah Rasulullah SAW sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasas ebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Selain dari itu, Rasulullah SAW pernah mengumpamakan keutamaan bulan ini dengan keutamaan diri Baginda sendiri ke atas nabi-nabi yang lain. Sabda Baginda yang maksudnya :
"Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadhan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhluk-Nya."
Amalan-amalan di bulan Syaaban
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
1. Memperbanyakkan puasa sunat
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
"Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
2. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW.
Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
3. Bertaubat
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata : Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Malam Nisfu Syaaban
Malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban adalah satu malam yang sunat dirayakan dalam syariat Islam kerana ia merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rahmat.
Malam nisfu Syaaban ini kita hidupkan dengan membaca Surah Yaasiin tiga kali selepas sembahyang fardhu Maghrib. Dan setiap kali lepas membaca Yaasiin akan dibaca doa. Pada bacaan Yaasiin pertama diniatkan dengan memohon panjang umur, pada bacaan kali kedua diniatkan dengan memohon agar dijauhkan dari bala dan pada bacaan ketiga diniatkan memohon murah rezeki yang halal. Cara lain ialah menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan berhimpun membaca zikir dan Al Quran
Doa Malam Nisfu Syaaban.

"Allaahumma yaa dzalman-ni wa layman-nu 'alaika yaadzaljalaali wal ikrami,yaadzaath thuli wal in'ami,laa ilaaha illaa anta zhahrallajiinaa, wa jaaral mustajiirina,wa amaaanal khaaifiina. Allahumma inkunta katabtanii 'indaka fii ummil kitaabi syaqiyyan au mahruuman au mathruudan au muqattaran 'alayya firrizqi hamhullaa-humma bifadhlika fii ummil kitabi syaqaawatii wa hirmaanii wathardii wa iqtaara rizqii wa atsbitnii 'indaka fii ummil kitaabi sa'iidam marzuuqan muwaffaqal lil khairaati, fa-innaka qulta wa qaulukal haqqu, fii kitaabikal, munzali, 'alaa nabiyyikal mursali, yamhullaahu maa yasyaa-u wa yutsbitu wa 'indahu ummul kitaabi ilaihi bittajallil a'zhami fil lailatin nishfi min syahri Sya'baanal mukaraamil latii yufraqu fiiha kullu amrin hakiiman wa yubramu, ishrif 'annii minal balaai maa a'lamu wa maa laa a'lamu wa anta 'allaamul ghuyuubi, birahmatika yaa arhama-rahimiin, washallallaahu 'alaa sayyidinaa Muhammadiw wa 'alaa aalihii washihbihi wasallam". Amiin.
Ertinya:Ya Allah,Tuhanku pemilik nikmat, tiada yang bisa memberi nikmat kepada-Mu. Ya Allah, pemilik kebesaran dan kemuliaan, pemilik kekayaan dan pemberi nikmat, tiada Tuhan yang patut disembah melainkan Engkau. Engkaulah tempat bersandar dan berlindung dan kepadaMulah tempat yang aman bagi orang-irang yang ketakutan. Ya Allah,Tuhanku, sekiranya dalam buku besarMu,bahwa orang yang tidak berbahgia,yang sangat terbatas mendapat nikmat, yang dijauhkan dariMu, atau yang disempitkan dalam mendapat rezkiMu, semoga Engkau pindahkan aku ke dalam golongan orang-orang yang berbahgia, luas rezki, serta diberi petunjuk kepada kebajikan.Sesungguhnya Englau telah berfirman dalam KitabMu yang diturunkan kepda Rasul-Mu, bahwa firmanMu benar, yang berbunyi,Allah mengubah dan menetapkan apa yang dikehendakiNya dan padaNya sumber kitab.
Ya Allah, Dengan TajalliMu yang Maha Besar, Engkau menulis pada malam NIsfu Sya'aban yang mulia ini, Engkau tetapkan dan Engkau ubah sesuatunya, maka aku memohon semoga dijauhkan dari bencana, baik yang aku ketahui atau yang tidak aku ketahui. Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala sesuatu yang tersembunyi. Aku selalu berharap limpahan rahnatMu ya Allah Yang Maha Pengasih dan semoga selawat Allah selalu dilimpahkan pada junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabatnya.Ya Alllah,kabulkanlah doa kami.