NOTIS  NOTIS NOTIS Pictures, Images and Photos
SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT DATANG

15 Julai, 2009

MERIAHNYA .....PESTA RAMPANGI 2009


Barisan AJK sambutan PESTA mengabdikan kenangan di pentas utama tapak pesta dengan wajah masing-masing mengambarkan kepuasan hasil penat lelah dalam memastiakan PESTA berjalan lancar dan selamat serta mencapai objektifnya. Berlobo.....loboooo ... orang datang dan bergembira , berbaloi....berbaloi...


Wakil Pengarah JASA Sarawak, En.Safiee dan pembantu beliau, Puan Nora kelihatan asyik sekali menyaksikan persembahanan semasa pesta.


YB.Dr.Abdul Rahman mengambil kesempatan mempratikkan kompentensi beliau sebagai seorang doktor professional dengan memeriksa tahap kesihatan Tuan Hj.Hussien, Iman Surau Darul Ikthiar, Zon 1.







Jurutunjuk2 dari KPSU mengepalai acara Senamrobik yang mendapat sambutan yang tidak diduga dari penduduk kampung dan persekitaran.Pelbagai irama sperti Poco-Poco dan musik sape' menjadi alunan bagi memeriah dan merancakkan senamrobik.

Brochure Pesta Rampangi 2009

14 Julai, 2009

PESTA RAMPANGI 2009. Tarikh : 12 Julai 2009 Hari Ahad Jam 0700 pagi hingga 0500 ptg. Tapak: Round About , berhampiran menara Telekomunikasi

Kumpalan shuffle dari zon 1 menunjukkan bakat tarian yang digemari
oleh remaja masakini.
Pesta tambah meriah dengan persembahan khas dari kumpulan gendang Pak Baki
yang nyata sudah dikenali ramai di Kuching.

Kehadiran YB.Dr.Abdul Rahman Junaidi, ADUN N4,Pantai Damai bersama isteri ke PESTA tanda sokongan memberi inspirasi serta motivasi kepada AJK bertugas dan memberi peluang untuk rakyat beramah mesra dan mengutarakan permasalah yang di hadapi oleh akar umbi. Tahniah .... YB.

YB mengambil peluang bertandak bersama Pengerusi JKKK Abd.Yakup Norshen dan AJK serta penduduk kampung sebagai memberi contoh bahawa budaya tradisi masih gah serta setanding dengan budaya kini ikutan para remaja.






Sebahagian AJK yang berjaga malam di lokasi PESTA RAMPANGI 20009 untuk mengelak kemungkinan kecurian ke atas peralatan yang telah dihantar awal oleh pihak JKR seperti kerusi, meja dan sette VIP dua malam sebelum pesta bermula pada hari Ahad, 12 Julai 2009.



Sebahagian dari AJK dan pegawai DBKU sedang khusyuk mendengar taklimat dari setiausaha JKKK yang di adakan dalam bentuk slide presentation yang mana di istilah oleh pegawai DBKU pertama kali sepanjang mereka menganjur dan berkerjasama dengan lain-lain JKKK melaksanakan program seumpamanya.



Sesi Taklimat program PESTA RAMPANGI 2009
kepada pegawai DBKU/Sahabatku pada
08 Julai 2009 di rumah AJK Pn.Masni Hj.Mos





Kelihatan Pengerusi pengelola Pesta En.Abd.Yakup Norshen menerangkan lokasi dan aktiviti yang diadakan pada 12 Julai 2009 hari Ahad bermula dari jam 0700 pagi dan dijangka selasai pada jam 0500 petang.