NOTIS  NOTIS NOTIS Pictures, Images and Photos
SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT DATANG

22 Ogos, 2009

PERASMIAN BAZAAR RAMADHAN BANDAR BARU SAMARIANG MERIAH

Ketua Ranting PBB Kpg.Rampangi Fasa II, En.Jahar Hj.Tapa merangkap Timbalan Pengerusi JKKK , Ketua Wanita dan Ketua Pemuda amat menghargai jemputan YB Dr.Abdul Rahman Junaidi, ADUN N4 - Pantai Damai untuk bersama-sama beliau memeriahkan acara perasmian Bazaar Ramadhan 2009/1430H bagi Bandar Baru Samariang yang di anjur dan dengan kerjasama PBB N4, FAMA dan DBKU yang diadakan pada jam 4 petang.

YB.Dr.Abdul Rahman Junaidi bersama - sama En.Paza@Faizal Hj.Dan, Pengarah FAMA Negeri Sarawak, kakitangan FAMA, Ketua-ketua Ranting N4, Ketua Pemuda, Ketua Wanita, Kakitangan DBKU mengaminkan bacaan doa sebelum acara perasmian bazaar bermula.
Perasmian Tapak Bazaar Ramadhan oleh YB.Dr.Abdul Rahman berlangsung dengan lancar dan mendapat sokongan padu dari Ranting N4 - Pantai Damai dan masyarakat setempat yang bermastautin di sekitar Bandar Baru Samariang, perkampungan Rampangi dan Taman - taman perumahan seperti Taman Puteri dan Kuching Family Park.

RAMADHAN DATANG LAGI - SELAMAT BERPUASA DARI AHLI JKKK

Saya blogmaster mewakili Pengerusi dan semua ahli JKKK mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan kepada semua penduduk Kampung Rampangi Fasa II, di zon 1 , zon 2 , zon 3 dan semua pembaca. Gandakan amalan kita di bulan yang mulia ini. Semoga ALLAH memberkati apa amalan yang kita buat, Salam ukwah Selamat melaksanakan ibadah puasa dan berzakat.Wasalam.

Yang ikhlas,

Setiausaha JKKK/Ketua Pemuda

16 Ogos, 2009

Taib Cadang Masjid, Surau Perkenal Program "Dua Jam Seminggu"

Kuching - 13 August 2009

Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menyarankan agar masjid dan surau di Sarawak memperkenal program "Dua Jam Seminggu" sebagai langkah mendekati masjid dengan pelbagai golongan masyarakat di bandar, luar bandar dan pedalaman.

Beliau berkata dalam tempoh itu, pelbagai aktiviti boleh dilakukan bersama dalam memastikan masjid dan surau tidak digunakan semata-mata sebagai tempat bersembahyang dan ceramah agama.

"Dua jam seminggu tidak lama, antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah bergotong-royong membersihkan persekitaran atau mengadakan kelas komputer untuk kanak-kanak. Banyak lagi yang boleh dirancang," katanya semasa merasmikan Muktamar Masjid-masjid Negeri Sarawak, di sini Rabu.

Bagi meningkatkan lagi peranan masjid dan surau di Sarawak, Taib mencadangkan agar kajian semula dilakukan supaya peranan masjid dan surau di Sarawak relevan dengan aspirasi masyarakat setempat dan perkembangan semasa.

"Masjid dan surau boleh menjadi pusat ilmu tetapi penyertaaan mesti lebih menyeluruh dengan melibatkan pemimpin peringkat akar umbi," katanya sambil menambah tanpa penyertaan pemimpin peringkat akar umbi, segala misi yang ingin dicapai oleh pengurusan atasan masjid sukar untuk dilaksanakan.

Beliau berkata, peranan masjid dan surau di Sarawak boleh dimantapkan dengan merapatkan jaringan rangkaian antara masjid dan surau yang berdekatan supaya aktiviti yang dilaksanakan dapat dilakukan secara teratur dan mencapai sasaran.

"Kalau boleh golongan tua yang sentiasa menjadi pengunjung tetap ke masjid dan surau mencari masa terluang untuk sering kali mengadakan sesi percambahan idea bagi memastikan aktiviti dirancang adalah relevan," katanya.

Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datuk Putit Matzen pula menegur kelemahan sesetengah pengurusan masjid di Sarawak yang perlu diperbaiki dengan segera terutama sekali dari aspek pendokumentasian urusan kewangan dan harta benda.

"Audit dalaman MIS masih melaporkan banyak perkara yang mustahak perlu diperbaiki termasuk perkara-perkara rutin seperti amaun dan tarikh pelbagai transaksi kewangan, tandantangan dan saksi serta sistem penyimpanan harta benda masjid," katanya sambil menambah kelemahan juga dikesan dalam pengurusan aktiviti kutipan derma, rekod wang, rekod individu, bayaran bil eletrik dan air.

Muktamar tiga hari tersebut yang bermula semalam akan berakhir esok. (BERNAMA)