NOTIS  NOTIS NOTIS Pictures, Images and Photos
SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT DATANG

26 Jun, 2009

Penyerahan Tapak Projek Pembinaan Surau


Pada 25 Jun 2009, Unit Pembangunan Jabatan Agama Islam Sarawak telah membuat penyerahan tapak projek bagi pembinaan surau di enam tempat iaitu di Kampung Stapok, Kampung Rantau Panjang, Kampung Sungai Maong, Taman Malihah, Taman Sourabaya Indah dan Kampung Rampangi (Kpg.Rampangi Fasa II-Zon 1). Penyerahan tapak projek telah dibuat oleh YBhg. Datu Misnu bin Haji Taha, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak. Setelah projek pembinaan surau itu siap nanti, diharap ianya dapat memberi keselesaan kepada umat Islam untuk menunaikan ibadah solat berjemaah dan aktiviti-aktiviti keagamaan yang lain.